011 1943 6286 sales@mypuremil.com

Anak Anda Mempunyai Tanda-Tanda Berikut :
Kurang Selera Makan ?
Berat Badan Tidak Naik ?
Mudah Terkena Jangkitan Penyakit ?
Kurang Nutrisi Berbanding Kanak-Kanak Lain ?

 

Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Makanan dan Dietetik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Syahrul Bariah Abdul Hamid, kekurangan pengambilan makanan bernutrisi yang diperlukan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah menyebabkan mereka mudah terdedah dengan risiko menghidapi penyakit berjangkit, merencatkan perkembangan kognitif dan kebolehan fizikal. Kebolehan otak kanak-kanak dalam menerima dan mencerna maklumat juga akan terganggu akibat kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan (1).

KESAN TIDAK CUKUP NUTRISI

❌ Berat dan ketinggian tidak sesuai dengan umur mereka. Perkembangan fizikal mereka akan terbantut.

❌ Tulang menjadi lembut dan mudah patah kerana kekurangan kalsium dan vitamin D.

❌ Perkembangan minda anak-anak akan terganggu. Anak-anak sukar belajar dan memberi tumpuan.

❌ Anak-anak sering terkena jangkitan penyakit seperti demam akibat sistem imun yang lemah.

❌ Anak-anak akan hilang selera makan kerana tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.

Menurut Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) Dr Tee E Siong, sungguhpun status nutrisi kanak-kanak di Malaysia meningkat sejak tiga dekad lepas, kaji selidik yang dijalankan setiap 10 tahun, oleh National Healthy & Morbidity Study (NHMS), masih menunjukkan terdapat kekurangan dalam status nutrisi kanak-kanak di Malaysia (2).

Antara punca masalah kanak-kanak kekurangan nutrisi ialah mereka kurang makan makanan berkhasiat seperti makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada di antara kanak-kanak tadi terlalu memilih makanan dan suka makan makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula dan makanan ringan. 

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa perlulah memberi makanan dan minuman berkhasiat supaya mereka mendapat nutrisi yang diperlukan sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental mereka ketika ini. Cara mudah ialah dengan memberi mereka minum susu yang lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan dan otak anak-anak mereka.

Pemilihan susu untuk anak-anak adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental mereka. Kesilapan memilih susu bukan sahaja merugikan anak-anak bahkan ibu bapa juga. Pilihlah susu yang asli, lengkap keperluan nutrisi dan tidak mengandungi sebarang campuran yang memudaratkan kesihatan anak-anak.

CARA YANG BETUL PILIH SUSU UNTUK ANAK ANDA

Gambar maklumat pemakanan dan bahan yang terdapat pada Susu Puremil Coklat

 

Terdapat 2 faktor penting yang perlu dititikberatkan sebelum membeli susu iaitu : 

1. “FAKTA NUTRISI atau MAKLUMAT PEMAKANAN”

Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium. Dengan 3x pengambilan, susu tersebut harus menyumbang Protein sebanyak 12 g sehari manakala Kalsium sekurang-kurangnya 500 mg sehari.

Selain itu, lihat juga nutrisi penting lain yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti zat besi, zink, vitamin B12 dan vitamin D. Pastikan susu yang ingin dibeli mempunyai nutrisi tersebut.

2. “KANDUNGAN atau BAHAN”

Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut. Sebagai contoh, Susu Puremil Coklat hanya mempunyai tiga bahan iaitu Susu Tepung Penuh Krim, Serbuk Minuman Malt dan DHA sahaja.

Lihat juga pada susunan bahan-bahan tersebut. Bahan paling banyak dalam susu tersebut akan ditulis terlebih dahulu, manakala bahan yang kurang akan ditulis kemudian. Contoh seperti Susu Puremil Coklat, Susu Tepung Penuh Krim ditulis terlebih dahulu kerana ia adalah bahan paling banyak dalam Susu Puremil diikuti dengan Serbuk Minuman Malt dan akhir sekali DHA.

Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) .

FAKTOR LAIN PEMILIHAN SUSU. 

1. Pilih susu mengikut peringkat umur anak anda.
Keperluan nutrisi antara bayi berusia 6 bulan berbeza dengan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.

2. Pilih susu yang sesuai dengan anak anda.
Pantau keadaan anak anda, lihat samada berlaku alahan atau masalah lain seperti sembelit, kembung perut dan muntah. Dapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya perlu.

3. Khasiat tambahan dalam susu 
a) Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
b) Prebiotik & Probiotik

7 NUTRISI PENTING YANG ANAK ANDA PERLUKAN

Berikut adalah 7 nutrisi penting yang diperlukan oleh kanak-kanak berusia 1-3 tahun. 

 

1. Protein

Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu badan. Kesan kekurangan protein adalah kehilangan berat badan dan juga melemahkan sistem imun kanak-kanak. Selain susu, sumber protein lain ialah daging ayam, ikan, daging merah dan kekacang.

 

2. DHA

DHA ialah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak kanak-kanak. Sumber DHA seperti ikan dan kuning telur.

 

3. Kalsium

Kalsium diperlukan dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kesan kekurangan kalsium adalah risiko penyakit tulang rapuh di kemudian hari. Selain susu, kanak-kanak juga boleh makan makanan lain seperti sayur bayam dan dadih yang tinggi kandungan kalsium.

 

4. Zat Besi

Zat Besi diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan Zat Besi boleh menyebabkan anemia dimana ia boleh mengganggu perkembangan minda dan menjejaskan kemahiran motor kanak-kanak. Sumber zat besi ialah daging merah, hasil tenusu, makanan laut, sayur hijau, telur, roti dan bijirin.

 

5. Zink

Zink penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak. Kekurangan zink boleh memberi kesan terhadap pembelajaran, fokus dan daya penumpuan. Sumber zink seperti daging lembu, yogurt dan daging ayam.

 

6. Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Ia juga membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak. Sumber Vitamin B12 seperti telur, daging, kerang, dan susu.

 

7. Vitamin D

Vitamin D diperlukan untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus. Kekurangan Vitamin D akan menyebabkan penyakit riket dikalangan kanak-kanak dimana tulang mereka akan menjadi lembut dan mudah patah. Sumber Vitamin D seperti cahaya matahari, susu, minyak ikan dan telur.

 

CUBALAH SUSU PUREMIL

Puremil Asli

Puremil Coklat

Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017 untuk anak berusia 1-3 tahun (3).

Susu Puremil juga menepati Akta Makanan Malaysia 1983. 

“Akta Makanan 1983 ialah suatu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.”

FAKTA RINGKAS SUSU PUREMIL

Harga sekotak RM 35

Berat sekotak 500 gram

✔️ Bahan : Susu tepung full cream, serbuk malt dan DHA

✔️ Dihasilkan dari formulasi susu lembu terbaik 

✔️ Berada di pasaran sejak Januari 2017

✔️ Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam di Perak

✔️ Mendapat piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP)

✔️ Sijil Halal daripada JAKIM

✔️ Untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas

✔️ Sesuai diminum oleh orang dewasa dan ibu hamil

Bahan Istimewa Dalam Susu Puremil

Selain daripada lengkap dengan nutrisi yang diperlukan, susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards). Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan DHA, EPA dan Omega 3 ini sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

Susu Puremil Dijamin Selamat Diminum  

❌ Tanpa gula tambahan

❌ Tanpa krimer

❌ Tanpa maltodextrin

❌ Tanpa pemekat

❌ Tanpa pengawet

MAKLUMBALAS

“Saya dapati susunya senang larut dan lemak . Hanya satu bahan ditambahkan kepada susu ini ia itu DHA dimana bahan ini penting untuk perkembangan saraf anak.

Susu ini sesuai selepas umur satu tahun sebab ia adalah susu lembu penuh krim dari New Zealand.

Kini ada satu lagi susu yang tidak ada campuran yang memudaratkan ia itu susu Puremil” .

Baca maklumbalas lengkap di sini.

Dato' Dr. Suriyakhatun Osman

CEO Klinik Taqwa, Dr. Suriyakhatun

7 KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SUSU PUREMIL

1. Menambah selera makan anak-anak.
Vitamin B12 dan zink berfungsi untuk menambah selera makan anak-anak. Anak-anak yang bergantung kepada susu sahaja akan mula berselera untuk makan makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan (4).

 

2. Ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3.
DHA+EPA dan Omega 3 terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

 

3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak.
Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).

 

4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu.
Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition) atau “lapar tersembunyi”.

 

5. Menjimatkan kos ibu bapa membeli susu.
Hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap bancuhan. Minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda. 25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. 1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop bagi setiap bancuhan, 3 kali minum sehari.

 

6. Sesuai diminum oleh orang dewasa dan ibu hamil.
Susu Puremil mengandungi DHA+EPA dan Omega 3 yang baik untuk otak, Kalsium yang tinggi untuk mencegah osteoporosis ,Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif, Vitamin B untuk kecantikan kulit dan juga Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dalam badan.

 

7. Boleh dibancuh dengan sangat mudah.
Susu Puremil mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana Susu Puremil tidak melekat pada puting dan botol susu.

” Menambah selera makan dan berat badan anak-anak. “

” Bancuhan susu yang sangat mudah. Tanpa perlu air panas. ”

” Hanya 3 skop sahaja bagi setiap bancuhan. “

APA KATA MEREKA TENTANG SUSU PUREMIL

 

PENAFIAN : Testimoni sebenar diambil daripada pelanggan kami. Kesan selepas minum Susu Puremil adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak dan orang dewasa. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu.

 

SOAL JAWAB (FAQ)

1. Di manakah Susu Puremil dihasilkan ?
Susu Puremil ini dihasilkan di satu-satunya kilang yang mempunyai piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP) di Malaysia. Kilang ini terletak di Kuala Kangsar, Perak.

 

2. Bahan mentah Susu Puremil berasal daripada mana ?
Bahan mentah susu lembu diimport daripada syarikat pengeluar susu lembu terbaik dunia di New Zealand manakala bahan mentah DHA pula diimport daripada jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 daripada Switzerland yang mendapat pengiktirafan IFOS.

 

3. Cara bancuhan Susu Puremil

3 skop Susu Puremil untuk 180ml air, cuma minum 3 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian. 25 kali bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. Boleh dibancuh tanpa air suam atau air panas.

Sila baca maklumat lanjut bancuhan Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

 

4. Adakah Susu Puremil tanpa gula tambahan ?
Ya ! Susu Puremil adalah susu lembu asli dengan tambahan DHA+EPA dan Omega 3 sahaja. Susu Puremil tanpa gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).

SUKROSA adalah antara penyumbang terbesar kepada masalah diabetes(kencing manis), gout, obesiti dan darah tinggi. Bagi kanak-kanak pula boleh menyebabkan hyperactive dan karies gigi.

 

5. Bagaimana Susu Puremil dapat meningkatkan selera makan dan berat badan kanak-kanak ?
Susu Puremil boleh membantu menaikkan selera makan dan berat badan kerana ia mengandungi vitamin B1, B3, B12, zink, magnesium dan vitamin D yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.

Beberapa kajian mendapati Vitamin B (B12, B1 dan B3), zink dan magnesium dapat menaikkan selera makan kanak-kanak, badan lebih bertenaga serta tumbesaran fizikal dan mental menjadi lebih baik. Kekurangan vitamin D pula menyebabkan vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik mengakibatkan hilang selera makan.

Baca maklumat lanjut di sini.

 

6. Adakah Susu Puremil ini sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah ?
Susu Puremil tidak sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Susu penuh krim dengan bancuhan yang tepat mempunyai banyak zat galian yang tinggi dan belum sesuai bagi buah pinggang bayi di bawah setahun. Jika dikurangkan sukatan pula akan berkurang nutrisi.

Sekiranya anda mencari susu formula untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah, sila dapatkan nasihat daripada doktor kanak-kanak (pediatrician) terlebih dahulu.

 

7. Adakah Susu Puremil hanya sesuai untuk umur 1-3 tahun sahaja ?
Tidak. Susu Puremil adalah susu penuh krim. Susu penuh krim sangat sesuai untuk seisi keluarga bermula umur setahun ke atas hingga orang dewasa.

 

8. Kalau anak alah dengan protein susu lembu, adakah masih boleh minum Susu Puremil ?
Sila dapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dahulu kerana simptom alah susu lembu lebih kurang sama dengan simptom perut kembung disebabkan ketidakhadaman makanan atau susu. Simptom ini termasuk muntah, tiada selera makan dan kembung perut.

Sila berjumpa doktor untuk diagnos punca masalah. Jika anak disahkan alah kepada protein susu lembu, maka anak anda tidak sesuai untuk minum Susu Puremil ini.

 

9. Adakah Susu Puremil ini sesuai untuk ibu mengandung ?
Ya ! Sesuai kerana mengandungi nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium sebanyak 1000mg mengikut RNI Malaysia.

Pengambilan Susu Puremil yang dicadangkan adalah 2x sehari dengan 5 skop susu untuk 1 hidangan. 2 hidangan (5 skop @ 33g x 2) = 570 mg menyumbangkan 57% keperluan harian kalsium bagi para ibu.

Di samping itu, kandungan DHA+EPA & Omega 3 dalam Susu Puremil dapat membantu perkembangan otak bayi.

Pastikan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

10. Adakah Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak ?
Ya ! Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

Sila lihat fakta nutrisi Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

 

11. Kenapa harga Susu Puremil agak mahal berbanding susu lembu lain ?
Susu Puremil agak mahal dan eksklusif kerana anda mendapat sekotak susu lembu asli yang ditambah dengan DHA+EPA dan Omega 3 . Bukannya campuran maltodextrin, krimer, gula, pengawet mahupun penstabil. Kami beri jaminan bahawa Susu Puremil tidak mempunyai bahan-bahan tersebut.

Ramai pelanggan kami berpuas hati dan rasa berbaloi dengan Susu Puremil kerana anak-anak mereka mendapat nutrisi yang mencukupi disamping menjimatkan wang ibu bapa membeli susu. Anak-anak juga sudah berselera untuk makan makanan lain dan tidak hanya bergantung pada susu sahaja.

 

12. Kenapa anda harus percaya dengan Susu Puremil ?
Penghasilan Susu Puremil dibuat dengan mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan serta mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian.

 

 

Rujukan :

(1). http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kanak-kanak-kurang-nutrisi-berisiko-jangkiti-penyakit-pakar-170405

(2). http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2009/05/11/anak-anda-bantut-mungkin-kurang-nutrisi/

(3). http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf

(4). https://mypuremil.com/tambah-berat-badan-dan-selera-makan-anak-dengan-susu-puremil/

 

Shares
Share This
WhatsApp chat Hubungi Kami