Nikmati Kebaikan Susu Puremil Hari Ini !

Tambah berat badan anak dan selera makan dengan Susu Puremil. Berita baik untuk ibu bapa yang sedang mencari cara tambah berat badan anak dan selera makan anak mereka. 

Ramai ibu bapa mempunyai anak yang mengalami masalah kurang selera makan dan cerewet dalam pemakanan harian.

Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan dan menjejaskan sistem imunisasi badan.

Pelbagai cara telah dibuat untuk menaikkan berat badan anak tetapi tidak berhasil. Ini kerana anak tadi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tubuh badan mereka.

 

Nutrisi Terbaik Bantu Tambah Berat Badan Anak

Beberapa kajian mendapati vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium banyak mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang hilang selera makan kemudian diberikan supplemen vitamin B12 mula makan dan minum secara normal selepas beberapa hari (Dror & Allen, 2008).

 

Supplemen zink dapat meningkatkan selera makan dan berat badan dengan jumlah yang ketara terhadap kanak-kanak yang tidak berselera makan dan mengalami masalah tumbesaran (Shakur et al.,2009)

 

Kekurangan zink, magnesium, vitamin B12, vitamin B1 (Thiamin) dan B3 (Niacin) pula menyebabkan gejala hilang selera makan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017)

 

Vitamin D dapat membantu penyerapan zink, kalsium, magnesium, ferum, kuprum dan selenium ke dalam tubuh badan (Gerry & Stephen, 2015).

Kekurangan vitamin D menyebabkan semua vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik. Ini menjadi faktor kanak-kanak menjadi kurang selera makan, tumbesaran fizikal dan mental terbantut serta badan menjadi lemah.

 

Susu Puremil Bantu Tambah Berat Badan Anak 

Susu Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak 1-3 tahun.

Susu Puremil dapat membantu tambah berat badan anak dan selera makan anak yang mengalami masalah kurang berat badan. 

Jom Baca :   7 Nutrisi Penting Yang Anak Anda Perlukan Seharian.

Sumber rujukan :

1. Dror, Allen (2008). Coballamin status in children. Journal of Inherited Metabolic Disease, Volume 34 (1):116

2. Gerry, K. S., Stephen, J. G. (2015). Vitamin D, essential minerals, and toxic elements: exploring interactions between nutrients and toxicants in clinical medicine. The Scientific World Journal, Volume 2015, Article ID 318595 : 2-3

3. Shakur MS, Bano N, Malek MA, Kundu SK, Ahmed AU (2009). Effect of zinc supplementation on appetite, growth & body composition in children suffering from non-specific etiology of feeding refusal with failure to thrive. The ORION Medical Journal, Volume 32(1):612-615

4. Ministry of Health Malaysia (2017). A report of the technical working group on nutritional guidelines (2017) : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 127-442.

5. https://susupuremil.com/susu-puremil-membantu-meningkatkan-selera-makan-dan-berat-badan/

Visited 106 times, 1 visit(s) today

Pin It on Pinterest