Nikmati Kebaikan Susu Puremil Hari Ini !

Susu Penuh Krim PUREMIL Diformulasi Daripada Susu Lembu Asli Untuk Anak Anda Dan Seisi Keluarga

Dijamin ASLI Dan SELAMAT Diminum Serta KAYA Dengan Pelbagai Nutrisi.

Ibu Bapa Prihatin Pilih Susu Penuh Krim Puremil Untuk Anak Mereka

susu full cream puremil perisa asli.jpg

PUREMIL ASLI

Bahan- bahan : Susu tepung penuh krim dan DHA

Berat : 500 gram

Harga : RM45.00

susu full cream puremil perisa coklat

PUREMIL COKLAT

Bahan- bahan : Susu tepung penuh krim, 20% serbuk malt dan DHA

Berat : 500 gram

Harga : RM45.00

Puremil Asli Per Karton

PUREMIL ASLI (1 KARTON)

Bahan- bahan : Susu tepung penuh krim dan DHA

Kuantiti : 12 kotak

Harga : RM480.00

Puremil Coklat Per Karton

PUREMIL COKLAT (1 KARTON)

Bahan- bahan : Susu tepung penuh krim, 20% serbuk malt dan DHA

Kuantiti : 12 kotak

Harga : RM480.00

5 Fakta Ringkas Susu Puremil

  • Berada di pasaran sejak Januari 2017.
  • Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam di Perak.
  • Bahan istimewa iaitu DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3.
  • Memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh anak berusia 1-3 tahun seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.
  • Sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu.

⚠️ AMARAN : Susu Puremil tidak sesuai bagi bayi berumur di bawah 1 tahun.

7 Kelebihan Susu Puremil

  • Susu penuh krim berupaya meningkatkan selera makan anak berusia 1-3 tahun.
  • DHA+EPA dan Omega 3 sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  • Tanpa gula tambahan mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak.
  • Tinggi kandungan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D.
  • Anak-anak lebih kenyang dan kurang minum susu.
  • Menjimatkan kos membeli susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).
  • Mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam.

🛑 PENAFIAN : Kesan selepas minum Susu Puremil adalah berbeza bagi setiap orang.

6 Sebab Anda Perlu Beri Susu Puremil Kepada Anak Anda

Bahan Mentah Terbaik

Susu berwarna kuning dari New Zealand, manakala DHA berjenama MEG-3 dengan pengiktirafan daripada IFOS

kualiti terjamin

Dikilangkan dengan piawaian MeSTI, serta mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM

selamat

Tiada campuran gula (pemanis), krimer tanpa tenusu, maltodekstrin, pemekat dan juga pengawet

Z

Memenuhi Aspek Nutrisi

Tinggi protein, kalsium, vitamin D, vitamin B12, DHA+EPA & Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh badan

jimat wang

Hanya 3 skop untuk satu bancuhan. Minum 3 kali sehari sudah memenuhi keperluan nutrisi anak anda

jimat masa

Boleh dibancuh tanpa air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang kerana ia tidak melekat pada puting dan botol susu

Pensijilan Susu Penuh Krim Puremil

Pensijilan Susu Penuh Krim Puremil adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat produk yang suci, halal, berkualiti, selamat dan bersih serta memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan tubuh badan .

BELI SEKARANG

Maklumbalas

“Saya dapati susunya senang larut dan lemak . Hanya satu bahan ditambahkan kepada susu ini ia itu DHA dimana bahan ini penting untuk perkembangan saraf anak.

Susu ini sesuai selepas umur satu tahun sebab ia adalah susu lembu penuh krim dari New Zealand.

Kini ada satu lagi susu yang tidak ada campuran yang memudaratkan ia itu susu Puremil” .

Dato' Dr. Suriyakhatun Osman

Doktor Perubatan

“Ini adalah susu coklat puremil. Kalau tengok serbuknya, ia lebih banyak susu dari coklat. Rasanya milky.

Susu tepung lembu penuh krim.

Tak ada krimer. Tak ada tambahan gula.Manis adalah daripada malt.

Pilihan yang lebih baik daripada minuman malt penuh gula yang lain 😊.”

Dr. Aimi Jaafar

Doktor Perubatan

Soal Jawab (FAQ)

Susu Puremil ada kelulusan KKM ?

Untuk makluman kelulusan KKM hanya untuk produk kategori ubat sahaja. Susu Puremil tidak memerlukan kelulusan KKM kerana ia adalah produk kategori makanan yang bertujuan memenuhi keperluan zat dan nutrisi badan, bukan untuk tujuan perubatan seperti merawat penyakit.

Susu Puremil menepati Akta Makanan Malaysia 1983.

“Akta Makanan 1983 ialah suatu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.”

Bahan mentah Susu Puremil berasal dari mana ?

Bahan mentah susu lembu diimport dari syarikat pengeluar susu lembu terbaik dunia di New Zealand manakala bahan mentah DHA pula diimport daripada jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 dari Switzerland yang mendapat pengiktirafan IFOS.

Apakah bahan-bahan dalam Susu Puremil ?

Susu Puremil Asli hanya mengandungi susu penuh krim dan DHA sahaja manakala Susu Puremil Coklat mengandungi susu penuh krim, 20% malt dan DHA sahaja.

Susu Puremil tidak mengandungi campuran gula, krimer tanpa tenusu, maltodextrin, pemekat dan juga pengawet.

Susu Puremil adalah susu asli, kandungan proteinnya adalah tinggi iaitu 24.0g/100g untuk Puremil Asli dan 21.1g/100g untuk Puremil Coklat.

Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat hanya berbeza dari segi isi kandungan dan juga jumlah nutrisi di dalamnya.

Sila lihat fakta nutrisi Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat untuk maklumat lanjut.

Adakah Susu Puremil tanpa gula tambahan ?

Susu Puremil Asli hanya mengandungi susu penuh krim dan DHA sahaja.

Susu Puremil Coklat pula mengandungi susu penuh krim, 20% malt dan DHA sahaja.

Di dalam coklat malt tersebut sudah terkandung gula sebanyak 50%. Dengan tambahan 20% coklat malt di dalam Susu Puremil Coklat menjadikan jumlah gula bagi satu hidangan atau bancuhan adalah 2g sahaja.

Jika Susu Puremil Coklat diminum 3 kali sehari, jumlah pengambilan gula terkumpul adalah 6g sahaja.

Kadar pengambilan gula tambahan bagi kanak-kanak berusia 2-6 tahun adalah kurang 15g sehari. Jadi pengambilan Susu Puremil Coklat sehari adalah dibawah had.

Rujukan. http://www.myhealth.gov.my/pengambilan-gula-dan-kesihatan-pergigian/

Cara bancuhan Susu Puremil

Bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun :
3 skop Susu Puremil untuk 180ml air, cuma minum 3 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian.

Bagi kanak-kanak berumur 4 tahun hingga orang dewasa :
4 skop Susu Puremil untuk 240ml air, cuma minum 1-2 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian.

Susu Puremil boleh dibancuh tanpa air suam atau air panas.

Skop susu ada disediakan dalam setiap kotak Susu Puremil.

Sila baca maklumat lanjut bancuhan Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

Berapa jam Susu Puremil dapat bertahan selepas dibancuh ?

Susu Puremil dapat bertahan selama 4 jam selepas dibancuh (botol bertutup).

Seeloknya rasa sedikit dulu Susu Puremil sebelum diberi semula kepada anak.

Sekotak Susu Puremil dapat bertahan selama berapa hari ?

25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. Sekotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop Susu Puremil bagi setiap bancuhan, 3 kali minum sehari.

Bagaimana Susu Puremil dapat meningkatkan selera makan dan berat badan kanak-kanak ?

Susu Puremil boleh membantu menaikkan selera makan dan berat badan kerana ia mengandungi vitamin B1, B3, B12, zink, magnesium dan vitamin D yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.

Beberapa kajian mendapati Vitamin B (B12, B1 dan B3), zink dan magnesium dapat menaikkan selera makan kanak-kanak, badan lebih bertenaga serta tumbesaran fizikal dan mental menjadi lebih baik. Kekurangan vitamin D pula menyebabkan vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik mengakibatkan hilang selera makan.

Baca maklumat lanjut di sini.

Adakah Susu Puremil ini sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah ?

Susu Puremil tidak sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Susu penuh krim dengan bancuhan yang tepat mempunyai banyak zat galian yang tinggi dan belum sesuai bagi buah pinggang bayi di bawah setahun. Jika dikurangkan sukatan pula akan berkurang nutrisi. 

Sekiranya anda mencari susu formula untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah, sila dapatkan nasihat daripada doktor kanak-kanak (pediatrician) terlebih dahulu.

Adakah Susu Puremil hanya sesuai untuk umur 1-3 tahun sahaja?

Tidak. Susu Puremil adalah susu penuh krim. Susu penuh krim sangat sesuai untuk seisi keluarga bermula umur setahun ke atas hingga orang dewasa.

Kalau anak alah dengan protein susu lembu, adakah masih boleh minum Susu Puremil ?

Sila dapatkan pengesahan dari doktor terlebih dahulu kerana simptom alah susu lembu lebih kurang sama dengan simptom perut kembung disebabkan ketidakhadaman makanan atau susu. Simptom ini termasuk muntah, tiada selera makan dan kembung perut.

Sila berjumpa doktor untuk diagnos punca masalah. Jika anak disahkan alah kepada protein susu lembu, maka anak anda tidak sesuai untuk minum Susu Puremil ini.

Adakah Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak ?

Ya ! Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

Sila lihat fakta nutrisi Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

Adakah Susu Puremil ini sesuai untuk ibu mengandung ?

Ya ! Sesuai kerana mengandungi nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium sebanyak 1000mg mengikut RNI Malaysia.

Pengambilan Susu Puremil yang dicadangkan adalah 2 kali sehari dengan 5 skop susu untuk 1 hidangan. 2 hidangan (5 skop @ 33g x 2) = 570 mg menyumbangkan 57% keperluan harian kalsium bagi para ibu.

Di samping itu, kandungan DHA+EPA & Omega 3 dalam Susu Puremil dapat membantu perkembangan otak bayi.

Pastikan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kenapa harga Susu Puremil agak mahal berbanding susu lembu lain ?

Susu Puremil agak mahal dan eksklusif kerana anda mendapat sekotak susu lembu asli yang ditambah dengan DHA+EPA dan Omega 3 .

Bukannya campuran maltodextrin, krimer, gula, pengawet mahupun penstabil. Kami beri jaminan bahawa Susu Puremil tidak mempunyai bahan-bahan tersebut.

Ramai pelanggan kami berpuas hati dan rasa berbaloi dengan Susu Puremil kerana anak-anak mereka mendapat nutrisi yang mencukupi disamping menjimatkan wang ibu bapa membeli susu. Anak-anak juga sudah berselera untuk makan makanan lain dan tidak hanya bergantung pada susu sahaja.

Kenapa anda harus percaya dengan Susu Puremil ?

Penghasilan Susu Puremil dibuat dengan mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan serta mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian. 

Bagaimanakah cara untuk dapatkan Susu Puremil ?

Susu Puremil boleh dibeli secara atas talian melalui Unit Jualan Negeri atau melalui Lazada & Shopee. Buat masa sekarang Susu Puremil belum lagi dijual di pasaraya. Hanya terdapat beberapa kedai dan farmasi sahaja menjual Susu Puremil di seluruh Malaysia.

Susu Puremil boleh dibeli melalui pengedar berikut.

PENTING : Cara memilih susu yang berkualiti.

Terdapat 2 faktor yang perlu dititikberatkan sebelum membeli susu iaitu :

1. “KANDUNGAN”. Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut. Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) .

2. “FAKTA NUTRISI”. Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium. Dengan 3 kali pengambilan, susu tersebut harus menyumbang Protein sebanyak 12 g sehari manakala Kalsium sekurang-kurangnya 500 mg sehari.

Perlukan bantuan? Hubungi kami melalui aplikasi WhatsApp.

Sila klik pautan ini untuk ke aplikasi WhatsApp.

Visited 597 times, 8 visit(s) today

Pin It on Pinterest