Nikmati Kebaikan Susu Puremil Hari Ini !

Susu full cream sebagai pengganti gula dan krimer. Banyak kebaikan susu full cream untuk diamalkan setiap hari. Susu full cream sangat baik untuk semua. 

 

Pernyataan Masalah

Susu tidak dapat lari dari lemak. Suatu masa dahulu kita dimomokkan dengan keburukan lemak sehingga susu juga terpalit sekali kerana susu mengandungi lemak yang tinggi.

Maka muncullah susu tanpa lemak dan pelbagai lagi minuman dan makanan tanpa lemak atau rendah lemak sempena meraikan kempen makanan tanpa lemak di seluruh dunia.

Di zaman yang serba canggih ini, para saintis mula membetulkan keadaan ini di mana bukan semua lemak itu tidak baik. 

 

Secara ringkasnya ada 2 jenis lemak, lemak baik dan lemak jahat

Lemak baik ialah lemak yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalani fungsi-fungsi tertentu seperti melarutkan vitamin ADEK, penghasilan hormon, melarutkan lemak jahat di dalam saluran darah, melindungi otot dsb.

Lemak jahat pula ialah lemak yang menyebabkan saluran darah tersumbat.

Satu perkara yang ramai antara kita tak tahu ialah lemak yang terhasil di dalam tubuh kita bukanlah datangnya daripada lemak yang kita makan.

Lemak yang kita makan akan dicerna di dalam perut dengan bantuan cecair hempedu.

 

Kalau macam tu, mana datang lemak dalam badan kita ni ?

Apabila kita makan, zat nutrisi makanan tersebut akan diserap di dalam usus, sebahagiannya pula akan bertukar menjadi “tenaga” yang diperlukan oleh tubuh badan kita seharian.

Bilamana ada lebihan “tenaga” di dalam tubuh badan kita hasil daripada “terlebih makan” maka “tenaga” tersebut akan disimpan dalam bentuk “lemak” di dalam tubuh badan kita.

Faktor utama yang menyebabkan lebihan tenaga ini ialah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Gula yang masuk dalam badan akan segera berubah menjadi tenaga, tenaga yang berlebihan ini yang disimpan menjadi lemak.

Kami bukan hendak bercakap tentang gula dan lemak, tetapi hendak menerangkan tentang status lemak di dalam susu.

Lemak di dalam susu sebenarnya adalah bermanfaat dan diperlukan oleh tubuh badan manakala bahaya sebenar berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan.

 

Cara Mudah Menggantikan Gula Dan Krimer Dengan Susu Full Cream

resepi susu full cream puremil

Bagi golongan dewasa yang gemarkan kopi dan teh, kami ada cara bagaimana hendak menjadikan kopi dan teh anda lebih sedap dan berkhasiat.

Masukkan 1 atau 2 sudu susu tepung penuh krim Puremil bersama 1 cawan air teh atau kopi. Nak campur susu lebih pun tiada masalah, ikut citarasa anda.

Susu Full Cream Puremil tidak mengandungi gula sukrosa, krimer, maltodekstrin dan bahan penstabil malahan memberikan khasiat kalsium, protein dan vitamin yang tinggi.

Minuman akan lebih sedap berlemak dengan campuran Susu Full Cream Puremil dan anda boleh minum tanpa risau pada kandungan gula yang tinggi lagi.

Ini sangat membantu mengurangkan pengambilan gula dan krimer berlebihan.

Susu bukan sahaja untuk kesihatan kanak-kanak, bahkan ia dapat mengekalkan kesihatan yang optimum kepada orang dewasa dalam menjalani aktiviti seharian.

Jadikan Susu Full Cream Puremil pengganti gula, krimer dan susu pekat manis di dalam kopi dan teh susu (termasuk juga minuman 3 in 1) mulai hari ini! 

 

Kebaikan Susu Full Cream

Banyak kajian menunjukkan susu merupakan minuman yang sesuai diminum sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang mudah dan nyenyak.

Kajian tersebut terpakai bagi susu segar atau susu asli, bukanlah susu campuran yang hanya tinggi gula atau krimer semata.

Susu full cream adalah minuman yang sangat sesuai untuk diminum sebelum tidur kerana kaya dengan ‘tryptophan’ dan kalsium.

Dua unsur penting ini mempunyai kesan positif terhadap waktu tidur dengan bertindak merangsang hormon melatonin yang membuatkan tubuh cepat mengantuk.

Kalsium tinggi yang terkandung dalam susu juga membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

Tidur berkualiti dapat membantu tumbesaran kanak-kanak di samping mengembalikan fungsi badan ke tahap optimum.

Tidur yang mencukupi juga dapat menstabilkan emosi, menyegarkan badan, menguatkan daya ingatan, memelihara jantung dan dapat mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit. 

Susu Puremil mempunyai khasiat sama seperti susu segar amat membantu mengatasi masalah susah tidur.

Susu Puremil mengandungi kalsium yang tinggi dengan khasiat susu asli sebenar menjadikan ia sangat mengenyangkan.

Susu Full Cream Puremil juga tanpa gula sukrosa dimana ia dapat mengurangkan risiko karies gigi dan mengelakkan kanak-kanak menjadi hiperaktif sebelum tidur.

 

Jom Baca :  7 Kebaikan Susu Full Cream Puremil Yang Anda Perlu Tahu.

Sumber

Visited 29 times, 1 visit(s) today

Pin It on Pinterest