Resepi cara buat yogurt sendiri menggunakan Susu Puremil. Anda boleh mencuba resepi cara buat yogurt ini di rumah bersama anak-anak.

Tahukah anda, istimewanya dengan Susu Puremil kita boleh buat ‘homemade yogurt’ kerana Susu Puremil adalah susu tepung penuh krim yang asli, tidak ragu lagi!

Pastinya yogurt Puremil lebih berkhasiat tanpa sebarang perasa, pewarna dan gula.

Bahan-bahan Yogurt Susu Puremil

1. 6 skop Susu Puremil (2 hidangan susu)
2. 180 ml air
3. 1 sudu besar yogurt asli sebagai ibu yogurt (untuk pertama kali buat, beli dulu yogurt asli di kedai)

Cara-cara Buat Yogurt

1. Masak susu sehingga mendidih (berbuih). Tutup api sebaik sahaja keluar buih dan tunggu sehingga susu tadi sejuk.

2. Ibu yogurt tidak boleh sejuk, biarkan pada suhu persekitaran.

3. Sebaik susu yang dimasak tadi sejuk (suhu persekitaran dalam 30℃-33℃, pindahkan susu ke dalam bekas dan campurkan ibu yogurt. Kacau sehingga larut.

4. Tutup permukaan bekas dengan menggunakan kain yg tebal (kain nipis boleh lipat beberapa kali). Boleh guna getah untuk ikat kain pada bekas.

5. Biar selama 24 jam pada suhu persekitaran. Jika dapat kekalkan suhu pada 40℃, yogurt anda boleh siap dalam masa 12 jam

Tips : Salah satu teknik untuk dapatkan persekitaran suhu 40℃, boleh letakkan bekas di sebelah water heater yang sentiasa panas.

*Untuk membuat yogurt lagi, guna yogurt yang sudah siap ini sebagai ibu yogurt. Tidak perlu beli lagi.

Resepi Cara Buat Yogurt.

Kini anda boleh menikmati yogurt tanpa sebarang perasa atau pewarna tiruan. Lebih berkhasiat dan menjimatkan.

Resepi cara buat yogurt ini boleh dibuat pada bila-bila masa dan sangat mudah untuk disiapkan.

YOGURT merupakan salah satu sumber MAGNESIUM yang sangat penting bagi penyerapan kalsium dalam tubuh badan.

Antara khasiat yogurt :

1) Baik untuk sistem pencernaan
2) Probiotik untuk meningkatkan sistem keimunan tubuh
3) Mencegah osteoporosis
4) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
5) Mengurangkan rasa lapar dan memberi tenaga
6) Sumber vitamin yang baik untuk rambut dan kulit
7) Baik untuk perkembangan otak

Jom Baca :Cara Mudah Menggantikan Gula Dan Krimer Dengan Susu Full Cream

Sumber :
1. http://www.webmd.com/food-recipes/features/benefits-yogurt

2. https://www.thestar.com/life/2014/11/18/probiotics_can_play_key_role_in_improving_our_health.html

3. https://susupuremil.com/resipi-homemade-yogurt-menggunakan-susu-puremil/

WhatsApp Perlukan Bantuan?