Penghantaran PERCUMA 4 Kotak Ke Atas

Tips sihat Susu Puremil untuk seisi keluarga. Dengan tips sihat Susu Puremil ini, anda sekeluarga dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

Antara penyakit berbahaya tersebut ialah diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Semua penyakit berbahaya ini berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dan diet harian tinggi lemak.

Pengambilan gula berlebihan dikalangan kanak-kanak pula boleh menyebabkan masalah obesiti dan risiko gigi cepat rosak (karies gigi).

Selain itu,sistem imuniti badan kanak-kanak menjadi lemah kerana ketidakseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat di dalam badan.

Ini menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit seperti batuk, selesema dan demam.

Anda kini boleh menggantikan susu pekat manis, susu cair, gula dan krimer dengan Susu Puremil dalam penyediaan makanan dan minuman di rumah.

Susu penuh krim Puremil tidak mengandungi sebarang gula tambahan seperti sukrosa, krimer dan maltodekstrin.

Susu Puremil sangat berkhasiat kerana kandungan nutrisi seperti kalsium, protein, Vitamin D dan Vitamin B yang tinggi sesuai untuk dijadikan minuman dan makanan seharian.

 

Antara tips sihat Susu Puremil ialah :

1. Meminimumkan penggunaan susu pekat manis atau susu cair di dalam masakan dengan menggantikan Susu Puremil Penuh Krim. Contoh : dadih dan puding karamel

2. Menggantikan gula, krimer dan susu pekat manis dengan Susu Puremil Penuh Krim di dalam minuman seperti kopi, teh dan nescafe.

3. Menyediakan dan memberikan yogurt homemade dari Susu Puremil Penuh Krim kepada anak-anak sebagai pengganti yogurt berperisa yang manis di pasaran. Boleh dimakan bersama potongan kecil buah-buahan seperti epal, kurma dan delima untuk rasa manis dan lazat.

4. Susu Puremil Coklat sebagai pengganti minuman coklat yang kebanyakannya tinggi gula, krimer dan maltodekstrin.

5. Bagi anak yang gemarkan aiskrim, anda boleh membuat aiskrim di rumah dengan menggunakan Susu Puremil Penuh Krim sebagai bahan utama dan diolah mengikut citarasa sendiri. Nak lebih mudah, bekukan bancuhan Susu Puremil Coklat.

Mudah kan, sedap lagi berkhasiat. Jangan ajar anak ketagihan aiskrim berperisa sintetik dan tinggi kandungan gula. 

Semoga tips sihat Susu Puremil ini dapat memberi manfaat buat anda sekeluarga.

Kurangkan makanan dan minuman manis dalam kehidupan seharian, lebihkan makanan dan minuman berkhasiat untuk kesihatan anda sekeluarga.

 

Jom Baca :   Cara Yang Betul Pilih Susu Formula Untuk Bayi Anda

Sumber