Cara memilih susu formula untuk bayi yang berusia 0-12 bulan. Dalam artikel ini kami dedahkan 2 faktor penting cara memilih susu formula untuk bayi anda.
Ramai ibu yang baru habis pantang mencari susu formula untuk bayi mereka kerana ibu-ibu ini bekerja.
4 Persoalan Wajib Dalam Pemilihan Susu Formula Untuk Bayi.
1. Apakah jenis susu formula yang si ibu ingin beri pada anak ?
2. Susu lembu, susu kambing, susu formula atau susu soya ?
3. Apakah sebenarnya yang anak anda perlukan ?
4. Adakah anak anda betul-betul memerlukan susu formula ?
Menjawab persoalan di atas, bayi perlu dibahagikan kepada 2 kategori ;
(A) Bayi berusia 0-6 bulan
(B) Bayi berusia 6 bulan ke atas
Kategori (A) Bayi Berusia 0-6 Bulan
1. Bayi Menyusu Ketika Si Ibu Berada Di Rumah
Si ibu bekerja dan berasa risau akan nutrisi anak kerana tidak dapat memberikan susu sepenuh masa, tetapi masih boleh menyusukan anak apabila berada di rumah.
Si ibu boleh beri susu formula kepada anaknya tetapi dengan jumlah skop susu yang sedikit.
Sedikit di sini bermaksud 1-2 skop susu formula sudah memadai untuk sekali minum. Tak perlu ikut aturan yang terdapat pada kotak susu.
Ini kerana si ibu masih mampu menyusukan anak.
2. Bayi Tidak Menyusu Susu Ibu Langsung (sila rujuk dengan doktor kanak-kanak terlebih dahulu)
Bayi ini tidak berpeluang langsung mendapatkan susu ibu. Sila beri susu formula mengikut aturan yang terdapat pada kotak.
Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah memerlukan makro dan mikro nutrien yang lengkap.
Susu formula untuk bayi di Malaysia menepati standard nutrisi yang lengkap untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan.
Tetapi, pastikan susu tersebut ialah susu formula yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah.
Kategori (B) Bayi Berusia 6 Bulan Ke Atas
Menurut World Health Organization (WHO), bayi berusia 6 bulan ke atas memerlukan nutrisi yang lengkap daripada sumber makanan yang seimbang. Susu hanyalah sebahagian daripada makanan seimbang.
Jadi, Adakah Bayi Tadi Memerlukan Susu Formula?
Jawapannya tidak, kerana mereka sudah boleh menerima makanan-makanan lain (bukan semua makanan kerana usus belum cukup matang), dan sumber nutrisi boleh didapati daripada makanan pejal yang mereka makan.
Mereka juga perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium dan sebagainya, tetapi bukan susu formula.
Susu formula hanya sesuai untuk bayi berusia 0-6 bulan (kategori A) yang tidak dapat menyusu ibu sepenuhnya kerana mereka tidak dapat makan makanan lain selain dari susu ibu sahaja.
Anda Mempunyai Anak Berusia 6 Bulan Ke Atas Dan Minum Susu Formula?
Jangan ajar anak anda minum susu seharian tanpa sebarang makanan pejal. Ajarlah anak anda makan bubur nasi / nasi lembik.
Anda boleh jimat banyak duit kerana susu anak anda akan lambat habis. Anda boleh beri anak anda minum susu sehari 2 atau 3 kali sahaja.
Apa Yang Anda Akan Dapat Kalau Anda Ikut Nasihat Di Atas?
1. Anak anda mendapat nutrisi lengkap dengan pemakanan yang seimbang
2. Anak anda belajar makan makanan pejal dan kenyang (kenyang minum susu tak sama dengan kenyang makan makanan pejal)
3. Anda dapat jimat banyak duit kerana tidak terlalu bergantung kepada susu tepung. Kalau dulu seminggu kena beli 2 kotak susu, selepas anda amal nasihat di atas anda mungkin hanya perlukan 1 kotak susu sahaja untuk stok selama seminggu.
Nota : Untuk Ibu-Ibu Yang Anaknya Berusia 0-6 Bulan.
Bayi yang baru lahir sehingga berusia 6 bulan memerlukan PENYUSUAN SUSU IBU yang lengkap.
Kaedah penyusuan dan perkara yang berkaitan adalah di bawah bidang Perunding Penyusuan yang BERTAULIAH dengan International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC).
Bagi ibu-ibu yang mengalami kesulitan kerana bekerja dsb, ada beberapa panduan:
1. Cari ibu susuan
2. Pam susu untuk simpanan
3. Dapatkan nasihat doktor untuk memilih susu formula
Bayi di usia 0-6 bulan yang langsung tidak dapat susu ibunya memerlukan nutrisi yang lengkap.
Susu formula di Malaysia kebanyakan mematuhi Akta Makanan 1983.
Pastikan ianya ditulis SUSU FORMULA (di kotak @ pembungkus) dan sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah. Jangan salah pilih susu.
PENTING : Cara Memilih Susu Yang Berkualiti.
Terdapat 2 faktor penting yang perlu dititikberatkan sebelum membeli susu iaitu :
1. “FAKTA NUTRISI atau MAKLUMAT PEMAKANAN”
Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium.
Dengan 3x pengambilan, susu tersebut harus menyumbang Protein sebanyak 12 g sehari manakala Kalsium sekurang-kurangnya 500 mg sehari.
Selain itu, lihat juga nutrisi penting lain yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti zat besi, zink, vitamin B12 dan vitamin D.
Pastikan susu yang ingin dibeli mempunyai nutrisi tersebut.
Gambar maklumat pemakanan dan bahan yang terdapat pada Susu Puremil Coklat
2. “KANDUNGAN atau BAHAN”
Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut.
Sebagai contoh, Susu Puremil Coklat hanya mempunyai tiga bahan iaitu Susu Tepung Penuh Krim, Serbuk Minuman Malt dan DHA sahaja.
Lihat juga pada susunan bahan-bahan tersebut.
Bahan paling banyak dalam susu tersebut akan ditulis terlebih dahulu, manakala bahan yang kurang akan ditulis kemudian.
Contoh seperti Susu Puremil Coklat, Susu Tepung Penuh Krim ditulis terlebih dahulu kerana ia adalah bahan paling banyak dalam Susu Puremil diikuti dengan Serbuk Minuman Malt dan akhir sekali DHA.
Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) .
FAKTOR LAIN PEMILIHAN SUSU.
1. Pilih susu mengikut peringkat umur anak anda.
Keperluan nutrisi antara bayi berusia 6 bulan berbeza dengan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
2. Pilih susu yang sesuai dengan anak anda.
Pantau keadaan anak anda, lihat samada berlaku alahan atau masalah lain seperti sembelit, kembung perut dan muntah. Dapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya perlu.
3. Khasiat tambahan dalam susu
a) Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
b) Prebiotik & Probiotik
Jom Baca : Lebih Dari 500 Komen Pengguna Susu Puremil Di Shopee.