Nikmati Kebaikan Susu Puremil Hari Ini !

Susu Puremil sesuai dijadikan pengganti susu formula untuk anak anda. Tukar susu formula untuk anak anda sekarang dengan Susu Puremil.

Artikel ini menerangkan tentang ciri-ciri, kelebihan dan kebaikan Susu Puremil untuk anda jadikan panduan sebelum memilih Susu Puremil.

 

Fakta Ringkas

Susu Puremil adalah susu full cream yang dihasilkan dengan formulasi susu lembu terbaik, berada di pasaran sejak Januari 2017.

Susu Puremil dihasilkan di kilang bumiputera Islam di Perak dan telah mendapat piawaian MeSTI dan sijil Halal daripada JAKIM.

Dengan mengambil Susu Puremil setiap hari, kanak-kanak terhindar daripada risiko gigi rosak dengan cepat kerana ia tidak mengandungi gula tambahan.

Susu Puremil juga amat selamat diminum kerana ia tidak mengandungi krimer tanpa tenusu, maltodextrin, pemekat, pengawet dan “anti caking agent”.

Susu Puremil mempunyai kandungan Protein, Kalsium, DHA, Vitamin D dan Vitamin B12 yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.

Susu Puremil sangat sesuai dijadikan sebagai pengganti susu formula untuk anak anda kerana kandungan nutrisinya yang sangat tinggi.

 

Ciri-Ciri Susu Puremil

Susu Puremil adalah susu tepung berwarna kuning berasal dari New Zealand, negara pengeluar susu lembu terbaik dunia.

Rasanya sangat sedap seperti susu segar dan selamat diminum kerana tiada campuran gula, krimer tanpa tenusu, maltodextrin, pemekat dan juga “anti caking agent”.

Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Rujukan Recommended Nutrition Intake (RNI) Malaysia 2017.

1.Tinggi Kalsium – Kalsium membantu dalam pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Pengambilan jumlah kalsium yang betul sejak kecil boleh mencegah osteoporosis pada masa akan datang.

2.Tinggi Protein – Protein membina, mengekalkan dan menggantikan tisu-tisu dalam badan. Otot, organ dan sistem imun kebanyakannya diperbuat daripada protein.

3.Tinggi Vitamin D – Vitamin D membantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan tulang menjadi lemah.

Pengambilan vitamin D secara optimum dapat mengelakkan sekurang-kurangnya 16 jenis kanser termasuk kanser pankreas, paru-paru, ovari, prostate dan kanser kulit.

 

Bahan Istimewa Dalam Susu Puremil :

Selain daripada lengkap dengan nutrisi yang diperlukan, susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards).

Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan DHA, EPA dan Omega 3 ini sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata. 

Susu Puremil mempunyai nilai vitamin B yang sangat tinggi dan sangat bagus untuk kecantikan kulit kerana Vitamin B membina sel-sel darah supaya kulit kesihatan segar dan cantik.

Selain itu, Susu Puremil juga tinggi kandungan Vitamin C . Ia sangat baik untuk kulit (pembentukan kolagen), penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun serta membantu dalam pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage) dan gigi yang sihat.

 

Cara Bancuhan Susu Puremil

3 skop Susu Puremil dengan 180ml air, cuma minum 3 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian. 25 kali bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil.

 

Siapa Yang Sesuai Minum Susu Puremil ?

Susu Puremil adalah untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas hingga orang dewasa.

Susu Puremil sangat baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk mendapatkan keperluan kalsium yang tinggi.

Susu Puremil sangat baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk mendapatkan keperluan kalsium yang tinggi.

 

7 Kelebihan Dan Kebaikan Susu Puremil

1. Susu Puremil menambah selera makan anak-anak kerana ia mengandungi Vitamin B12 dan zink.

Anak-anak yang bergantung kepada susu sahaja akan mula berselera untuk makan makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan. 

2. Susu Puremil ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 yang terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata. 

3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak kerana Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih). 

4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu . Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition) atau “lapar tersembunyi”. 

5. Susu Puremil juga sangat menjimatkan kos ibu bapa untuk membeli susu kerana hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap hidangan.

Hanya perlu minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda. 25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil.

1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop untuk 3 kali minum sehari. 

6. Tinggi kandungan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D.

Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Kekurangan nutrisi menyebabkan kanak-kanak terdedah dengan risiko penyakit berjangkit, perkembangan fizikal terbantut, perkembangan minda terganggu dan hilang selera makan. 

7. Susu Puremil boleh dibancuh dengan sangat mudah tanpa menggunakan air panas atau air suam.

Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana susu tepung Puremil tidak melekat pada puting dan botol susu . 

 

Soal Jawab (FAQ) 

Susu Puremil ada kelulusan KKM ?
Untuk makluman kelulusan KKM hanya untuk produk kategori ubat sahaja.

Susu Puremil tidak memerlukan kelulusan KKM kerana ia adalah produk kategori makanan yang bertujuan memenuhi keperluan zat dan nutrisi badan, bukan untuk tujuan perubatan seperti merawat penyakit.

Susu Puremil menepati Akta Makanan Malaysia 1983.

“Akta Makanan 1983 ialah suatu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.”

 

Bahan mentah Susu Puremil berasal daripada mana ?
Bahan mentah susu lembu diimport daripada syarikat pengeluar susu lembu terbaik dunia di New Zealand manakala bahan mentah DHA pula diimport daripada jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 daripada Switzerland yang mendapat pengiktirafan IFOS.

 

Apakah nilai tambah yang ditawarkan oleh Susu Puremil ?
Selain daripada lengkap dengan nutrisi yang diperlukan, susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards).

Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan DHA, EPA dan Omega 3 ini sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

 

Cara bancuhan Susu Puremil
3 skop Susu Puremil untuk 180ml air, cuma minum 3 kali sehari sahaja untuk menampung keperluan nutrisi seharian.

25 kali bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. Sila baca maklumat lanjut bancuhan Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

 

Adakah Susu Puremil tanpa gula tambahan ?
Ya ! Susu Puremil adalah susu lembu asli dengan tambahan DHA+EPA dan Omega 3 sahaja. Susu Puremil tanpa gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).

SUKROSA adalah antara penyumbang terbesar kepada masalah diabetes(kencing manis), gout, obesiti dan darah tinggi. Bagi kanak-kanak pula boleh menyebabkan hyperactive.

Sila lihat testimoni daripada pelanggan kami.

 

Adakah Susu Puremil ini sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah ?
Susu Puremil tidak sesuai dijadikan susu untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Susu penuh krim dengan bancuhan yang tepat mempunyai banyak zat galian yang tinggi dan belum sesuai bagi buah pinggang bayi di bawah setahun.

Jika dikurangkan sukatan pula akan berkurang nutrisi. Tambahan pula susu penuh krim tidak mempunyai zat tambahan contohnya zat besi seperti di dalam susu formula.

Sekiranya anda mencari susu formula untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah, sila dapatkan nasihat daripada doktor kanak-kanak (pediatrician) terlebih dahulu.

 

Adakah Susu Puremil hanya sesuai untuk umur 1-3 tahun sahaja?
Tidak. Susu Puremil adalah susu penuh krim. Susu penuh krim sangat sesuai untuk seisi keluarga bermula umur setahun ke atas hingga orang dewasa.

Susu Puremil sangat berkhasiat, sesuai dijadikan pengganti susu formula untuk anak anda.

 

Kalau anak alah dengan protein susu lembu, adakah masih boleh minum Susu Puremil ?
Sila dapatkan pengesahan dari doktor terlebih dahulu kerana simptom alah susu lembu lebih kurang sama dengan simptom perut kembung disebabkan ketidakhadaman makanan atau susu.

Simptom ini termasuk muntah, tiada selera makan dan kembung perut. Sila berjumpa doktor untuk diagnos punca masalah.

Jika anak disahkan alah kepada protein susu lembu, maka anak anda tidak sesuai untuk minum Susu Puremil ini.

 

Adakah Susu Puremil ini sesuai untuk ibu mengandung ?
Ya ! Sesuai kerana mengandungi nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Susu Puremil sememangnya sangat baik untuk semua kerana merupakan makanan penyumbang sumber kalsium paling tinggi.

Bagi ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium sebanyak 1000mg mengikut RNI. Di samping itu, kandungan DHA+EPA & Omega 3 dapat membantu perkembangan otak bayi.

Pengambilan yang dicadangkan adalah 2x sehari dengan 5 skop untuk 1 hidangan. 2 hidangan (5 skop @ 33g x 2) = 570 mg menyumbangkan 57% keperluan harian kalsium bagi para ibu.

Pastikan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

Adakah Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak ?
Ya ! Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

Sila lihat fakta nutrisi Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat.

 

Kenapa harga Susu Puremil agak mahal berbanding susu lembu lain ?
Susu Puremil agak mahal dan eksklusif kerana anda mendapat sekotak susu lembu asli yang ditambah dengan DHA+EPA dan Omega 3 .

Bukannya campuran maltodextrin, krimer, gula, pengawet mahupun penstabil. Kami beri jaminan bahawa Susu Puremil tidak mempunyai bahan-bahan tersebut.

Ramai pelanggan kami berpuas hati dan rasa berbaloi dengan Susu Puremil kerana anak-anak mereka mendapat nutrisi yang mencukupi disamping menjimatkan wang ibu bapa membeli susu.

Anak-anak juga sudah berselera untuk makan makanan lain dan tidak hanya bergantung pada susu sahaja.

 

Kenapa anda harus percaya dengan Susu Puremil ?
Penghasilan Susu Puremil dibuat dengan mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan serta mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian.

 

 

PENTING : Cara memilih susu yang berkualiti.

Terdapat 2 faktor yang perlu dititikberatkan sebelum membeli susu iaitu :

1. “KANDUNGAN”. Semakin kurang senarai bahan kandungan, semakin baik susu tersebut. Elakkan bahan kandungan seperti gula/pemanis (asli atau tiruan), krimer dan maltodekstrin (penyumbang karbohidrat berlebihan) .

2. “FAKTA NUTRISI”. Perkara paling asas bagi apa jua susu ialah nutrisinya tinggi dengan Protein & Kalsium. Dengan 3x pengambilan, susu tersebut harus menyumbang kalsium sekurang-kurangnya 500mg sehari.

 

Jadi apa tunggu lagi, tukar segera susu formula untuk anak anda dengan Susu Puremil.  

 

Jom Baca :   7 Kebaikan Susu Full Cream Puremil Dan Khasiatnya

 

P/s : Untuk makluman, Susu Puremil juga ada dijual di Shopee.

Visited 10 times, 1 visit(s) today

Pin It on Pinterest